Alahai malapetaka di hari pengundian-apa maknanya?
AlahaiMalaysia!™ Crew | 2:11 PG | 0 comments | Filed under Labels: keputusan pilihanraya, pilihanraya kecil dun tenang, politik, prk, semakan daftar pemilihRamai yang sudah boleh meneka bahwa parti Barisan Nasional akan menang pada pilihanraya kecil DUN Tenang. AlahaiMalaysia! pun tidak menolak perkara sama. Ini ditambah lagi dengan cuaca yang buruk sepanjang hari pengundian. Jelas sekali kelebihan buat jentera kerajaan yang mempunyai segala-galanya. Keadaan hujan lebat yang tidak berhenti mengakibatkan banjir hingga disifatkan sebagai yang terburuk di Tenang dan mengatasi keadaan sekitar tahun 2006. Ini sekaligus melumpuhkan sama sekali jentera pembangkang diketuai parti Pas apatah lagi tidak mendapat sokongan yang padu dari rakan2 lain dalam pakatan. AlahaiMalaysia! menganggap ini 1 dugaan & cabaran besar buat kedua-dua calon. Mujurlah banjir berlaku selepas tamat berkempen. Bagaimana jika semasa berkempen, pasti keadaan akan bertambah sulit.
Namun begitu, kenapa PRK kali ini masih dianggap kelebihan kepada kerajaan. Hal ini kerana mereka mempunyai kekuatan dari segi jentera gerak kerjanya, kuasanya dan wangnya. Lihat saja sepanjang tempoh pengundian, dari Timbalan Perdana Menteri hinggalah orang2 bawahan turun bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka juga mempunyai bot2, lori trak untuk mengangkut pengundi ke tempat mengundi sekaligus member peluang untuk membeli undi pada saat2 akhir. Melihatkan situasi yang begitu meruncing sepanjang tempoh mengundi, ianya begitu ketara apabila hamper tiada pasukan gerak gempur Pas untuk menjadi peraih undi. Hujan lebat, banjir buruk yang melanda di kawasan ini sehingga meragut nyawa pasti ada sebabnya tersendiri. Boleh dikatakan malapetaka yang berlaku pada hari pengundian ini bukannya 1 kebetulah sebaliknya ada peringatan dari Yang Maha Kuasa. Tentu ada hikmahnya yang memerlukan kita mereneung seketika. Cuma perlu dikhuatirkan samada peringatan itu berupa nasihat atau amaran..
Banyak bantuan yang dihulurkan sepanjang tempoh pilihanraya berupa makanan, tenaga dan wang ringgit. Harap dapat dikekalkan sehingga bersara nanti. Jangan lepas ni terus lupa nak turun padang pula. ALAHAI..
0 comments
Post a Comment :
Kemahiran berfikir adalah kehebatan Sang Pencipta untuk hamba-Nya
