Alahai Lin Dan, bila boleh dikalahkan...

AlahaiMalaysia!™ Crew | 1:56 PG | 0 comments | Filed under Labels: , , , ,
Tajuk kali ini pastinya ada kaitan dengan keputusan BWF series yang berlangsung di Korea Selatan. Sekali lagi seperti anda semua sedia maklum jagoan negara kita, Dato’ Lee Chong Wei tumbang kepada seteru utamanya, Lin Dan dari China. AlahaiMalaysia! sangat2 lah tak mengerti kenapa susah sangat nak robohkan tembok besar China yang ternyata sangat kukuh ni. Setiap kali pertemuan membabitkan mereka berdua pasti akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan. Malah, Lin Dan turut melebarkan rekod kemenangan kepada 15-7.

AlahaiMalaysia! lihat seperti tiada makna lagi pada title no 1 yang dipegang Chong Wei hingga kini. Lihat saja Lin Dan yang kini terperosok hingga ke tangga ke 6. Namun ianya bukan disebabkan prestasi nya yang menjunam, tetapi kerana kurang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa. Boleh dikatakan Lin Dan sangat cerewet dalam memilih kejohanan dengan menyertai perlawanan2 besar sahaja seperti Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik berbanding Chong Wei yang sentiasa muncul untuk kebanyakan kejohanan. Dari 1 sudut, Chong Wei dilihat sangat hebat dan sukar untuk ditewaskan. Namun, beliau berhadapan dengan masalah untuk menundukkan musuh ketatnya itu. Lin Dan bagai berada di dunia lain dan beraksi pada status tersendiri.

Cuba lihat bagaimana Lin Dan beraksi seperti harimau yang garang. Setiap kali beliau mendapat mata, ada saja reaksi bongkak yang ingin ditunjukkan. Itu menunjukkan betapa beliau tidak gentar dan yakin untuk menewaskan sesiapa saja lawannya. Ia juga digunakan sebagai 1 serangan psikologi untuk melemahkan mental musuh. Kalau nak dibandingkan dengan Chong Wei yang sekadar diam dan tunduk setiap kali mendapat mata. Langsung tidak nampak keyakinan dalam diri. Itu membuka peluang pihak lawan kembali merampas mata. AlahaiMalaysia! harap Chong Wei akan beraksi lebih garang selepas ini dan pada ketika itulah, mudah saja untuk menjinakkan Lin Dan..

Perseteruan yang terus menjadi kegilaan
-gambar sumber google




Berdasarkan rekod dan analisis pertemuan kedua-dua pemain, Lin Dan sangat sukar ditewaskan jika permainan diheret hingga ke rubber set. ALAHAI..

0 comments



Post a Comment :

Kemahiran berfikir adalah kehebatan Sang Pencipta untuk hamba-Nya


Recent Comments