Alahai malapetaka di hari pengundian-apa maknanya?
AlahaiMalaysia!™ Crew | 2:11 PG | 0 comments | Filed under Labels: keputusan pilihanraya, pilihanraya kecil dun tenang, politik, prk, semakan daftar pemilihRamai yang sudah boleh meneka bahwa parti Barisan Nasional akan menang pada pilihanraya kecil DUN Tenang. AlahaiMalaysia! pun tidak menolak perkara sama. Ini ditambah lagi dengan cuaca yang buruk sepanjang hari pengundian. Jelas sekali kelebihan buat jentera kerajaan yang mempunyai segala-galanya. Keadaan hujan lebat yang tidak berhenti mengakibatkan banjir hingga disifatkan sebagai yang terburuk di Tenang dan mengatasi keadaan sekitar tahun 2006. Ini sekaligus melumpuhkan sama sekali jentera pembangkang diketuai parti Pas apatah lagi tidak mendapat sokongan yang padu dari rakan2 lain dalam pakatan. AlahaiMalaysia! menganggap ini 1 dugaan & cabaran besar buat kedua-dua calon. Mujurlah banjir berlaku selepas tamat berkempen. Bagaimana jika semasa berkempen, pasti keadaan akan bertambah sulit.
Namun begitu, kenapa PRK kali ini masih dianggap kelebihan kepada kerajaan. Hal ini kerana mereka mempunyai kekuatan dari segi jentera gerak kerjanya, kuasanya dan wangnya. Lihat saja sepanjang tempoh pengundian, dari Timbalan Perdana Menteri hinggalah orang2 bawahan turun bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka juga mempunyai bot2, lori trak untuk mengangkut pengundi ke tempat mengundi sekaligus member peluang untuk membeli undi pada saat2 akhir. Melihatkan situasi yang begitu meruncing sepanjang tempoh mengundi, ianya begitu ketara apabila hamper tiada pasukan gerak gempur Pas untuk menjadi peraih undi. Hujan lebat, banjir buruk yang melanda di kawasan ini sehingga meragut nyawa pasti ada sebabnya tersendiri. Boleh dikatakan malapetaka yang berlaku pada hari pengundian ini bukannya 1 kebetulah sebaliknya ada peringatan dari Yang Maha Kuasa. Tentu ada hikmahnya yang memerlukan kita mereneung seketika. Cuma perlu dikhuatirkan samada peringatan itu berupa nasihat atau amaran..
Banyak bantuan yang dihulurkan sepanjang tempoh pilihanraya berupa makanan, tenaga dan wang ringgit. Harap dapat dikekalkan sehingga bersara nanti. Jangan lepas ni terus lupa nak turun padang pula. ALAHAI..
Alahai Fasha Sandha melepas lagi
AlahaiMalaysia!™ Crew | 2:06 PG | 0 comments | Filed under Labels: artis, fasha sandha, gaduh, gosip, jejai, kemelut, nora danishKali ini AlahaiMalaysia! menyingkap kembali isu Fasha Sandha yang tak serik2 dengan cerita panas nya ini. Sering sahaja menimbulkan kontroversi yang kadang2 membuat orang naik jelik dengan nya. Kenapa lah suka sangat tarik perhatian orang. Takut hilang populariti ke?? Entah popular ke tidak tu. Orang pun dah ramai jemu la bila tengok dia berlakon dalam tv sekarang ini. Yelah..ni sekarang dah putus pula dengan kekasihnya, si Jejai 2. Dulu sampai tarik muka dengan bekas isteri Jejai gara2 kes rampas Jejai. Siapa lagi kalau bukan Nora Danish. AlahaiMalaysia! pun menjangkakan yang hubungan Fasha-Jejai ini pasti tidak akan bertahan lama. Walaupun mereka selama ini kelihatan sangat mesra dan daring sekali, namun “kusangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari”. Akhirnya mereka disahkan berpisah walaupun belum mengikat tali perkahwinan.
Ala..rasanya yang di luar sana pun boleh meneka kan hubungan mereka ni. Saja tak nak bagitahu lagi sebab belum sampai masanya. Namun, kami tak pernah la mendoakan keburukan Fasha. Cuma sikap Fasha ini sendiri yang menyebabkan dirinya terjerumus sebegitu rupa. Lihat saja caranya yang begitu liar dan sosial ditambah dengan cara berpakaian yang menjolok mata. Dia juga pernah berbikini dalam 1 aksi yang dirakam temannya sediri. Mana tak orang buat dia macam boneka je. Fasha begitu mudah diperlekehkan. Semuanya kerana kontroversi yang menghambatnya. Malulah kat keluarga sikti. Nasihat AlahaiMalaysia! supaya fokus kat kerjaya terlebih dahulu sebelum fikirkan soal cinta.
![]() |
| Kedua-dua wanita ini mempunyai tarikan tersendiri -sumber google |
Nampak senang je mulut nak suruh orang berhenti cinta. Bukan susah pun..kahwin je cepat2. Lagi bagus dari meliar tak tentu pasal. ALAHAI..
Alahai Lin Dan, bila boleh dikalahkan...
AlahaiMalaysia!™ Crew | 1:56 PG | 0 comments | Filed under Labels: badminton, bwf, lee chong wei, lin dan, sukan
Tajuk kali ini pastinya ada kaitan dengan keputusan BWF series yang berlangsung di Korea Selatan. Sekali lagi seperti anda semua sedia maklum jagoan negara kita, Dato’ Lee Chong Wei tumbang kepada seteru utamanya, Lin Dan dari China. AlahaiMalaysia! sangat2 lah tak mengerti kenapa susah sangat nak robohkan tembok besar China yang ternyata sangat kukuh ni. Setiap kali pertemuan membabitkan mereka berdua pasti akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan. Malah, Lin Dan turut melebarkan rekod kemenangan kepada 15-7.
AlahaiMalaysia! lihat seperti tiada makna lagi pada title no 1 yang dipegang Chong Wei hingga kini. Lihat saja Lin Dan yang kini terperosok hingga ke tangga ke 6. Namun ianya bukan disebabkan prestasi nya yang menjunam, tetapi kerana kurang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa. Boleh dikatakan Lin Dan sangat cerewet dalam memilih kejohanan dengan menyertai perlawanan2 besar sahaja seperti Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik berbanding Chong Wei yang sentiasa muncul untuk kebanyakan kejohanan. Dari 1 sudut, Chong Wei dilihat sangat hebat dan sukar untuk ditewaskan. Namun, beliau berhadapan dengan masalah untuk menundukkan musuh ketatnya itu. Lin Dan bagai berada di dunia lain dan beraksi pada status tersendiri.
Cuba lihat bagaimana Lin Dan beraksi seperti harimau yang garang. Setiap kali beliau mendapat mata, ada saja reaksi bongkak yang ingin ditunjukkan. Itu menunjukkan betapa beliau tidak gentar dan yakin untuk menewaskan sesiapa saja lawannya. Ia juga digunakan sebagai 1 serangan psikologi untuk melemahkan mental musuh. Kalau nak dibandingkan dengan Chong Wei yang sekadar diam dan tunduk setiap kali mendapat mata. Langsung tidak nampak keyakinan dalam diri. Itu membuka peluang pihak lawan kembali merampas mata. AlahaiMalaysia! harap Chong Wei akan beraksi lebih garang selepas ini dan pada ketika itulah, mudah saja untuk menjinakkan Lin Dan..
Berdasarkan rekod dan analisis pertemuan kedua-dua pemain, Lin Dan sangat sukar ditewaskan jika permainan diheret hingga ke rubber set. ALAHAI..

| Perseteruan yang terus menjadi kegilaan -gambar sumber google |
Berdasarkan rekod dan analisis pertemuan kedua-dua pemain, Lin Dan sangat sukar ditewaskan jika permainan diheret hingga ke rubber set. ALAHAI..
Pelancaran blog Alahai-Malaysia
AlahaiMalaysia!™ Crew | 12:00 PG | 0 comments | Filed under
Tepat jam 12 tengah malam pada tanggal 2 Februari 2011, blog Alahai-Malaysia dilancarkan secara rasminya. Diharap dengan pelancaran blog baru ini dapat merancakkan industri blog Malaysia yang semakin pesat membangun.
Silang Kata
Sedikit diskripsi tentang blog ini. Blog ini ditubuhkan bagi membongkar isu-isu dan permasalahan yang berlaku dalam negara kita. Tema alahai dipilih disebabkan keunikan perkataan tersebut yang turut digunakan dalam komunikasi kebanyakan orang kita. Gabungan dua perkataan ini mewujudkan satu suasana agak kurang selesa bagi kita semua. Pastinya terdapat sebab hingga ayat ini yang menjadi pilihan. Memandangkan keadaan negara kita yang penuh dengan pelbagai agenda-agenda menarik, cerita-cerita panas dan kontroversi, maka amat sesuailah jika dapat dikongsikan bersama dengan seluruh rakyat Malaysia hendaknya. Merangkumi 3 aspek penting dalam negara ini, AlahaiMalaysia! memilih untuk mencari konklusi bagi kisah-kisah politik, sukan dan artis tanah air. Sama-sama kita menyingkap semua rahsia ini. Terus kekal bersama
Jangan risau kerana kami bukan penyampai berita palsu, tetapi berdasarkan sumber yang boleh dipercayai..namun, berhati-hati kerana anda mungkin yang kami cari. Alahai..